Persatuan Anak Rantau Kampung Lengkuas
Parit, Perak Darul Ridzuan
Persatuan anak-anak Kg Lengkuas atau secara akronimnya dikenali sebagai PARKL telah didaftarkan pada tahun 2016 dan menerima pendaftaran sebagai NGO pada awal tahun 2017.
Pada asalnya persatuan telah diwujudkan pada tahun 2007 oleh sekumpulan warga Kg Lengkuas yang menetap di sekitar lembah klang.
Pada tahun yang sama satu perjumpaan makan malam telah diadakan di Hotel Crystal Crown Kuala Lumpur dan berjaya mengumpulkan sebahagian warga Kg Lengkuas yg berada di Lembah Klang. Selepas kematian beberapa ahli utama persatuan ini, pergerakan persatuan ini banyak tertumpu pada FB dan group Whatsapps sahaja. Perjumpaan hari raya telah diadakan pada tahun 2015 dan majlis makan kedua pada tahun 2016. Rentetan daripada beberapa majlis ini, pihak jawatankuasa penaja telah menghantar borang permohonan sebagai pertubuhan yang berdaftar dengan ROS.
SHARE THIS PAGE!